CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wednesday 18 January 2012

nama Mu tetap dipuji walau diri sering diuji..



 Ya Allah, beratnya ujian ini!”
 
“Sampai bila aku harus diuji begini?”

“Kenapa mesti aku diuji, bukan orang lain yang diuji?”


Pernah tak kalian mendengar atau mengungkapkan kata2 seperti di atas?? j0m sama2 kita renungkan..

Ujian yang datang tidak pernah diduga. Kadang-kadang ianya datang ketika  kita senang dan bergembira. Datangnya juga kadang-kadang membuat kita menderita. Ujian yang datang juga tidak pernah kenal erti ‘tuan’ mahupun ‘hamba’, kerana semuanya telah pun ditulis diatas sana, tentang apa yang sedang dan akan terjadi kepada insan yang bernama manusia.

Hidup ini seperti roda. kadang-kadang kita kuat diatas, tetapi kadang-kadang kita tersungkur lemah ke bawah.

Sesungguhnya ujian itu bukan untuk membebankan dan menyusahkan kita. Dan Allah bukan ingin melihat hambanya yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini menerima ujian tanpa ada sebab dan musababnya, malah sebenarnya Allah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan kesalahan dalam hidup.

Belajarlah  untuk menerima seadanya ujian Allah.. 

Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Allah yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Semuanya dalam kuasa Allah.

Hakikatnya Allah yang mendatangkan ujian itu..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” – Al-Baqarah : 286
Allah juga menguji kita untuk mengetahui sejauh manakah tahap keimanan kita kepadaNya.

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

makanya, terimalah segala ujian dan dugaan dengan hati yang ikhlas dan terbuka..m0ga segala d0sa kita diampunkan Nya..

mencari dan terus mencari redha Illahi..



~ sharing is caring.. (^_~) ~

Saturday 7 January 2012

10 sebab ditolak..





 kali ini kita berkongsi tentang solat ok..solat?? semua orang tahu tentang solat..dan tak kurang juga ramai yang tak ambil kisah pasal solat dan juga tak menunaikan solat..adakah kita pasti solat yg kita lakukan itu diterima disisi Allah? j0m kita lihat 10 sebab solat ditolak..


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah: 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat). 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 

                         Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."




 p/s : j0m sama2 ambil iktibar..m0ga s0lat kita dterima Allah n dredhai Nya..=)



~ sharing is caring..(^_~) ~

sumber : http://al-ahkam.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...