senyum s0kmo.. |
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Saturday, 7 April 2012
maafkanlah..
Maafkanlah...
1. Maafkanlah supaya
kita diampunkan.
"...dan
hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah
mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)
2. Maafkanlah supaya
Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni
(mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya
kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan
yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana
orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang
demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)
5. Maafkanlah agar kau
termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang lain."(Ali Imran:134)
✿❤✿ Jika dengan BERSABAR mampu menjernihkan keadaan,
maka bersabarlah..
Jika dengan TIDAK MARAH dapat menghulurkan sebuah kemaafan,
maka janganlah
marah..
Jika dengan KEMAAFAN mampu membuat tersenyum,
maka maafkanlah..
Jika
dengan SENYUM mampu meyakinkan ukhwah dan kasih sayang,
maka senyumlah..(^^,) ✿❤✿
~ sharing is caring..(^_~) ~
Wednesday, 18 January 2012
nama Mu tetap dipuji walau diri sering diuji..
Ya Allah, beratnya ujian ini!”
“Sampai bila aku harus diuji begini?”
“Kenapa mesti aku diuji, bukan orang lain yang diuji?”
Pernah tak kalian mendengar atau mengungkapkan kata2 seperti di atas?? j0m sama2 kita renungkan..
Ujian yang datang tidak pernah diduga. Kadang-kadang ianya datang ketika kita senang dan bergembira. Datangnya juga kadang-kadang membuat kita
menderita. Ujian yang datang juga tidak pernah kenal erti ‘tuan’ mahupun ‘hamba’,
kerana semuanya telah pun ditulis diatas sana, tentang apa yang sedang dan akan
terjadi kepada insan yang bernama manusia.
Hidup ini seperti roda. kadang-kadang kita kuat diatas, tetapi kadang-kadang kita tersungkur lemah ke bawah.
Sesungguhnya ujian itu bukan
untuk membebankan dan menyusahkan kita. Dan Allah bukan ingin melihat
hambanya yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini menerima ujian
tanpa ada sebab dan musababnya, malah sebenarnya Allah ingin
menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan kesalahan dalam hidup.
Belajarlah untuk menerima seadanya ujian Allah..
Setiap ujian yang Allah timpakan ada
maksud tersirat dari Allah yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di
sebalik ujian tersebut. Semuanya dalam kuasa Allah.
Hakikatnya Allah yang mendatangkan ujian itu..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” – Al-Baqarah : 286
Allah juga menguji kita untuk mengetahui sejauh manakah tahap keimanan kita kepadaNya.
“Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta.”
makanya, terimalah segala ujian dan dugaan dengan hati yang ikhlas dan terbuka..m0ga segala d0sa kita diampunkan Nya..
mencari dan terus mencari redha Illahi..
~ sharing is caring.. (^_~) ~
Saturday, 7 January 2012
10 sebab ditolak..
kali ini kita berkongsi tentang solat ok..solat?? semua orang tahu tentang solat..dan tak kurang juga ramai yang tak ambil kisah pasal solat dan juga tak menunaikan solat..adakah kita pasti solat yg kita lakukan itu diterima disisi Allah? j0m kita lihat 10 sebab solat ditolak..
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang
siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan
mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT
dan jauh dari Allah SWT."
p/s : j0m sama2 ambil iktibar..m0ga s0lat kita dterima Allah n dredhai Nya..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
Tuesday, 20 December 2011
5 perkara..
Antara 5 perkara yang el0k disebut ialah :
· Perbanyakkan menyebut
Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi
kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada
kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak
nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa
memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita
puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak
ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap
ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga
sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
· Perbanyakkan menyebut
akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di
dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah
umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat
akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada
akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD)
hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka
yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak
penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak
pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu
perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan
menanam dan melabur saham akhirat.
· Perbanyakkan menyebut
dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi
jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat
kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan
amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu
memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa
hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun
dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini
eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga,
Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk
dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang
kerdil dan bergelumang dengan dosa?
· Jangan menyebut-nyebut
kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan
menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau
menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri
sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita
sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita
terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah
menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam
sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi
jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran
sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria'
adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati
supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang
lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu
sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita
patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya
mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang
mengurniakan kebaikan itu.
· Jangan sebut-sebut dan
nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu
menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain.
Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan
kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan
nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat
kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri
kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan
isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk
kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah
diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk
daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita
bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi
kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu
dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada
pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya.
Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita
walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari
bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan
kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan
di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian.
Sama-sama berd0a semoga terselamat dari kemurkaan Allah di dunia dan akhirat. Amin...
|
Sekian, wallahu a’lam
~ sharing is caring..(^_~) ~
Subscribe to:
Posts (Atom)