CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sunday 30 October 2011

membentuk PERKAHWINAN bahagia



Artikel ini dipetik dari laman www.saifulislam.com..Sebagai perkongsian untuk manfaat bersama..

* * * * * * * * * * * * * * * * * 

Artikel ini sebagai usaha untuk mendidik para muslimin memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama...





 

Bagi mereka yang bercouple dan buat 'ringan-ringan' sebelum berumahtangga, mereka  akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, "jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?" Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh.

Ia bukanlah teori semata-mata, tetapi sebahagian dari pengalaman bagi mereka yang menghadapi masalah rumahtangga. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi sesiapa yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka 'menjaga hukum Allah' perlu dibimbing. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama 'mengikat' hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan sebagai 'hukuman dari Allah' kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan 'warna sebenar suaminya'.

Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, "kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!". Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah,  kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi atau di institusi pengajian tinggi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di 'situ'. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya. Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada muslimin dan muslimat dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.


Abu Saif


p/s : artikel ini sebagai pengajaran n nasihat buat diri penulis sendiri dan juga para sahabat.. m0ga kasih Allah bersama kita..aminn~

  
~ sharing is caring..(^_~) ~

Saturday 29 October 2011

ZULHIJJAH



Dari Ibnu ‘Abbas r.a telah bersabda Nabi s.a.w :

        i.       -  Zulhijjah hari diampuni Allah akan Adam a.s . Barangsiapa yang berpuasa, Allah akan mengampuni segala dosanya.

      ii.        - Zulhijjah hari dikabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun, barangsiapa yang berpuasa seolah- olah ia beribadat selama setahun.

    iii.      -  Zulhijjah hari dikabulkan Allah doa Nabi Zakaria, barangsiapa berpuasa nescaya dikabulkan Allah doanya.




    iv.          - Zulhijjah hari lahirnya Nabi Isa a.s, barangsiapa yang berpuasa nescaya Allah menjauhkan daripadanya segala kesusahan dan kefakirannya.

      v.        -  Zulhijjah hari lahirnya Nabi Musa a.s barangsiapa yang berpuasa, terlepas ia dari nifaq dan beroleh keamanan dari siksa kubur.

    vi.        - Zulhijjah, hari Allah membukakan segala kebajikan bagi Nabi-nabiNya. Barangsiapa yang berpuasa, Allah memandangnya dengan kerahmatan.

  vii.       -  Zulhijjah, hari yang padanya ditutup segala pintu neraka dan tidak dibuka sehingga tanggal 10 Zulhijjah. Barangsiapa yang berpuasa , nescaya Allah menutup daripadanya 30 pintu kesempitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

viii.     -  Zulhijjah dinamakan hari Tarwiyah. Barangsiapa yang berpuasa , nescaya Allah akan memberikan ganjaran yang tidak diketahui sesiapa melainkan Nya.

     ix.     -  Zulhijjah ialah hari Arafah. Barangsiapa yang berpuasa, nescaya Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang akan datang.

# Mulai sejak terbit matahari 9 Zulhijjah sehingga pagi 10 Zulhijjah, banyakkanlah bertakbir.

# Pada akhir (hari) Zulhijjah, disunatkan  membaca doa akhir tahun sebanyak 7 kali. Barangsiapa yang membacanya akan diampuni dosanya yang terdahulu.


~ Doa Akhir Tahun ~


p/ s : marilah kita sama-sama meningkatkan amalan di bulan Zulhijjah ini..sem0ga kita semua beroleh keredhaan Illahi di dunia dan akhirat..InsyaAllah..

~ sharing is caring ..(^_~) ~


Friday 28 October 2011

buat mu ADAM ( الرجال ) ..




Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.



Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,  terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. 

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih bakal suri :

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Tinggal Bersama lbubapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis ketika umurya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berfikir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis  itu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.




Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


Wallahu’alam…


 ~ sharing is caring..(^_~) ~

Thursday 27 October 2011

Siapa aku di hadapan RabbuL Izzati?






 
Siapa aku di hadapan RabbuL Izzati

Aku hanya hamba yang kerdil

Hamba yang hina

Hamba yang sering alpa & terleka

Berlumuran dengan lumpur dosa

Dosa silam yang tak terampun menghijab hati

Namun aku tak pernah berhenti berharap

Tak pernah putus asa menagih simpatiMu

Walau ku tahu

Aku bukan sesiapa untuk mendapatkan redhaMu

Apa lagi untuk menjamah cintaMu

Biar berapa lama ku harus menunggu

Aku akan terus bermusafir mencari cintaMu..

Kerana ku yakin sepenuh hati

Dengan janjiMu RabbuL Izzati..


~ sharing is caring..(^_~) ~



Duduk di samping..



 - DUDUK DI SAMPING -
BUKAN DI ATAS ATAU DI BAWAH





Wanitadengan kekuatan perasaan, kehalusan budi, boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak boleh basuh pinggan, masuk kain dalam mesin basuh, boleh tengok tv rancangan masakan sambil mencatat resipi. Siap telefon kawan ingatkan itu dan ini. Itulah seninya seorang wanita. Sifat kerja menyambil itu membolehkan dia menyudahkan banyak kerja dalam satu masa. Kerja-kerja itu di ruang lingkup persekitaran yang tercapai, terpandang serta terlintas di pemikirannya. Inilah kelebihan wanita boleh menumpukan banyak kerja dalam satu masa. Berbeza dengan lelaki. Pandangannya jauh melaut bagaikan berdiri di sebuah bukit nampak banyak perkara nun di kejauhan. Fokusnya meluas kepada dunia luar. Lambat perasaan dengan dunia bawah yang hampir dengannya.

Itulah hakikatnya. Inilah perbezaan. Bukan tanda saling melemahkan antara satu sama lain. Sebaliknya mencari kehebatan masing-masing yang saling lengkap-melengkapi. Bayangkan kalau suami atau adik-beradik lelaki anda terlalu ‘detail’ dalam rumah tangga, sidai kain senget kena tegur, masak tak sedap sikit kena komen, lipat baju tak licin kena kutuk, alamatnya wanita di rumah akan kerimasan. Tak tahan dengar bebelan lelaki. Tapi orang lelaki tahan dengar isteri membebel. Dah lali.

Cuba bayangkan pula, kalau si perempuan balik rumah macam kebiasaan lelaki. Kain baju humban sana-sini, dapur tunggang-langgang, cari kain main punggah, pinggan mangkuk makan tak reti nak cuci, kain baju bertimbun tak berbasuh dan yang lebih teruk lagi kalau kain yang direndam berhari-hari boleh tumbuh cendawan. Pasti suami pun cabut lari. Perempuan jenis apakah ini? Kerana fitrah wanita yang dikehendaki adalah meneliti kerja-kerja seni. Kain berendam bagi lelaki itu biasa. Tapi memualkan bagi wanita.

Inilah hakikat. Begitulah juga dalam dunia pekerjaan untuk wanita. Peribadi dua insan kejadian Allah ini mempengaruhi watak kepimpinan dalam mentadbir manusia di sekelilingnya. Kerja di luar rumah asas kewajipan pada lelaki. Wanita pula sebagai pembantu kepada lelaki. Rasulullah SAW juga tidak meninggalkan wanita dalam urusan mencapai keputusan dalam pentadbiran negara Islam. Isteri tetap dirujuk kepada perkara yang bersesuaian dengan peribadi wanita. Isterinya yang juga pemimpin kepada wanita. Dilepaskan di bidang yang bersesuaian dengan fitrah mereka tapi tetap dalam lingkungan batas syariat.


~ saling melengkapi ~

 Dalam membuat keputusan, wanita tidak boleh berseorangan. Perlu juga merujuk dan bertanya pandangan dengan pihak lelaki. Seperti mana seorang isteri, dalam membuat keputusan berkaitan anak-anak perlu perunding dengan suami.

Sayangnya ada juga yang terlebih komited dengan kerjaya sehingga merasakan perkahwinan sudah tidak punya masa pada mereka. Bimbang tidak dapat memberi tumpuan pada rumah tangga, lalu memilih membujang sampai ke tua dalam mengekal jawatan sebagai ‘ketua’. Inilah hakikatnya apabila seseorang itu sudah terlalu komited dengan kerjaya pasti ada yang terkorban. Apa pun pesan Nabi SAW, berkahwin adalah sebaik-baiknya bagi wanita dan lelaki kerana baginda juga berkahwin. Baginda mentadbir dunia. Isterinya juga seorang pemimpin besar yang menjadi rujukan para isteri sahabat dan juga sahabat pernah merujuk kepadanya dalam beberapa perkara berkaitan dengan hadis nabi.

Pun begitu, Aisyah tetap merujuk kepada nabi dalam mencapai keputusan. Di sinilah dilihat kehebatan wanita beriman, pemimpin wanita yang tidak membelakangkan hukum Allah. Akur bahawa wanita ‘tulang rusuk’ yang bengkok, dicipta daripada tulang rusuk lelaki bernama Adam. Tulang ini perlu selalu dilentur oleh lelaki beriman, pemimpin utama. Tugas wanita bukan memburukkan lelaki dan mendabik dada dengan kehebatan yang ada. Lihatlah kelemahan lelaki sebagai satu usaha untuk sama-sama membantu mencari yang terbaik untuk kehidupan yang lebih bermakna. Seperti mana setianya seorang ibu mencari keistimewaan pada setiap anaknya. Akhirnya ibu itu disanjung oleh anak-anak berkat tidak jemu-jemu memupuk kasih sayang.

Sekian..

~ sharing is caring..(^_~) ~


Dakwah dan Cinta..


untuk perkongsian bersama..


Dakwah Dan Cinta
sumber :
hatiperantau.wordpress.com


“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u (ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.




Lawan Vs. Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya. “Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ‘Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ‘couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ‘alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.


 Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ‘lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulannya..

Sekian..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...