Aku hanya hamba yang kerdil
Hamba yang hina
Hamba yang sering alpa & terleka
Berlumuran dengan lumpur dosa
Dosa silam yang tak terampun menghijab hati
Namun aku tak pernah berhenti berharap
Tak pernah putus asa menagih simpatiMu
Walau ku tahu
Aku bukan sesiapa untuk mendapatkan redhaMu
Apa lagi untuk menjamah cintaMu
Biar berapa lama ku harus menunggu
Aku akan terus bermusafir mencari cintaMu..
Kerana ku yakin sepenuh hati
Dengan janjiMu RabbuL Izzati..
2 comments:
Semoga dirimu dan diriku dilindungi dan dirahmati olehNya... Aminnn...
insyaAllah..amin~
nway,salam ukhuwah..(^_~)
Post a Comment