CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Thursday 27 October 2011

Duduk di samping..



 - DUDUK DI SAMPING -
BUKAN DI ATAS ATAU DI BAWAH





Wanitadengan kekuatan perasaan, kehalusan budi, boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak boleh basuh pinggan, masuk kain dalam mesin basuh, boleh tengok tv rancangan masakan sambil mencatat resipi. Siap telefon kawan ingatkan itu dan ini. Itulah seninya seorang wanita. Sifat kerja menyambil itu membolehkan dia menyudahkan banyak kerja dalam satu masa. Kerja-kerja itu di ruang lingkup persekitaran yang tercapai, terpandang serta terlintas di pemikirannya. Inilah kelebihan wanita boleh menumpukan banyak kerja dalam satu masa. Berbeza dengan lelaki. Pandangannya jauh melaut bagaikan berdiri di sebuah bukit nampak banyak perkara nun di kejauhan. Fokusnya meluas kepada dunia luar. Lambat perasaan dengan dunia bawah yang hampir dengannya.

Itulah hakikatnya. Inilah perbezaan. Bukan tanda saling melemahkan antara satu sama lain. Sebaliknya mencari kehebatan masing-masing yang saling lengkap-melengkapi. Bayangkan kalau suami atau adik-beradik lelaki anda terlalu ‘detail’ dalam rumah tangga, sidai kain senget kena tegur, masak tak sedap sikit kena komen, lipat baju tak licin kena kutuk, alamatnya wanita di rumah akan kerimasan. Tak tahan dengar bebelan lelaki. Tapi orang lelaki tahan dengar isteri membebel. Dah lali.

Cuba bayangkan pula, kalau si perempuan balik rumah macam kebiasaan lelaki. Kain baju humban sana-sini, dapur tunggang-langgang, cari kain main punggah, pinggan mangkuk makan tak reti nak cuci, kain baju bertimbun tak berbasuh dan yang lebih teruk lagi kalau kain yang direndam berhari-hari boleh tumbuh cendawan. Pasti suami pun cabut lari. Perempuan jenis apakah ini? Kerana fitrah wanita yang dikehendaki adalah meneliti kerja-kerja seni. Kain berendam bagi lelaki itu biasa. Tapi memualkan bagi wanita.

Inilah hakikat. Begitulah juga dalam dunia pekerjaan untuk wanita. Peribadi dua insan kejadian Allah ini mempengaruhi watak kepimpinan dalam mentadbir manusia di sekelilingnya. Kerja di luar rumah asas kewajipan pada lelaki. Wanita pula sebagai pembantu kepada lelaki. Rasulullah SAW juga tidak meninggalkan wanita dalam urusan mencapai keputusan dalam pentadbiran negara Islam. Isteri tetap dirujuk kepada perkara yang bersesuaian dengan peribadi wanita. Isterinya yang juga pemimpin kepada wanita. Dilepaskan di bidang yang bersesuaian dengan fitrah mereka tapi tetap dalam lingkungan batas syariat.


~ saling melengkapi ~

 Dalam membuat keputusan, wanita tidak boleh berseorangan. Perlu juga merujuk dan bertanya pandangan dengan pihak lelaki. Seperti mana seorang isteri, dalam membuat keputusan berkaitan anak-anak perlu perunding dengan suami.

Sayangnya ada juga yang terlebih komited dengan kerjaya sehingga merasakan perkahwinan sudah tidak punya masa pada mereka. Bimbang tidak dapat memberi tumpuan pada rumah tangga, lalu memilih membujang sampai ke tua dalam mengekal jawatan sebagai ‘ketua’. Inilah hakikatnya apabila seseorang itu sudah terlalu komited dengan kerjaya pasti ada yang terkorban. Apa pun pesan Nabi SAW, berkahwin adalah sebaik-baiknya bagi wanita dan lelaki kerana baginda juga berkahwin. Baginda mentadbir dunia. Isterinya juga seorang pemimpin besar yang menjadi rujukan para isteri sahabat dan juga sahabat pernah merujuk kepadanya dalam beberapa perkara berkaitan dengan hadis nabi.

Pun begitu, Aisyah tetap merujuk kepada nabi dalam mencapai keputusan. Di sinilah dilihat kehebatan wanita beriman, pemimpin wanita yang tidak membelakangkan hukum Allah. Akur bahawa wanita ‘tulang rusuk’ yang bengkok, dicipta daripada tulang rusuk lelaki bernama Adam. Tulang ini perlu selalu dilentur oleh lelaki beriman, pemimpin utama. Tugas wanita bukan memburukkan lelaki dan mendabik dada dengan kehebatan yang ada. Lihatlah kelemahan lelaki sebagai satu usaha untuk sama-sama membantu mencari yang terbaik untuk kehidupan yang lebih bermakna. Seperti mana setianya seorang ibu mencari keistimewaan pada setiap anaknya. Akhirnya ibu itu disanjung oleh anak-anak berkat tidak jemu-jemu memupuk kasih sayang.

Sekian..

~ sharing is caring..(^_~) ~


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...