untuk perkongsian bersama..
Dakwah
Dan Cinta
sumber :
hatiperantau.wordpress.com
“Bagaimana
kita mahu menasihatkan mad’u (ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan
diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan
memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
“Ada
seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi
dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya
hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan
sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang
cinta.
Masa
remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan
transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak
kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh
secara semula jadi dalam diri.
Semua
manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting,
bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms
bertanya khabar.
Lawan Vs. Kawal
“Kamu
perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut
dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal
apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya…
Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah
beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang
merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan
pasangan.
“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak
jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya. “Belum
lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi
fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal.
Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang
telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah
ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang
sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka
seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya
berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang
ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan
dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah
waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih
pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
“Saya
ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya
rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal
saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di
kampus.
“Apa
cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami
tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada
seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami
selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya
menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin
saja berkata, ‘Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding
dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah
sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam
diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over
rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat
itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa
maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya
meneruskan, dia menyoal.
“Sifat
ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan
bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut
lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si
dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya
lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian
siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja
seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa
yang selalu kita panggil sebagai ‘couple’. Ini kerana kita merasakan diri
sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai
tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia
kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya
sebentar tadi ataupun tidak.
Saya
bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara
yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya
dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah
kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah
bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah
salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari
‘alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si
dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab
ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam
maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada
lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam
membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan
kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar
kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
“Hijab
bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka
sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan
bermasyarakat.
Tidak
guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah
tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan
yang tidak dapat terjawab terus mencari ‘lelaki yang disukainya’ untuk
bertanyakan soalan.”
Jika
seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi
meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang
besar.
Contohnya
seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak
kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu
sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara
yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah
halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga
melanggar batas-batas pergaulannya..
Sekian..
~
sharing is caring..(^_~) ~
0 comments:
Post a Comment