CABARAN SIGMA ERA LIBERALISM

on Thursday, June 11, 2009



Bangkitan isu yang pelbagai dimomokkan oleh Sister in Islam bagaikan menampar kredibiliti gerakan muslimat. Isu berkisar soal equality gender,penolakan poligami, penolakan fatwa yoga yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak kurang dengan soal etika pemakaian yang dikatakan tidak menyumbang kepada masalah rogol dan jenayah seksual dilihat begitu lantang disuarakan oleh Sister in Islam yang diasaskan oleh Amina Wadud `Imam Wanita' yang pernah menjentik sensitiviti umat Islam melalui tindakannya mengimamkan Solat Jumaat.

Sister in Islam malah semakin berani membawa ideologi mereka melalui penganjuran program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family Februari lalu. Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka.
Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah ini mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari'at yang dibawa oleh al-Qur'ān dan al-Sunnah.

BAHAYA SISTER IN ISLAM

Sister In Islam
-ancaman baru bagi seluruh wanita Muslim di negara ini.Apa yang pasti Sister In Islam hadir dengan pakej meyakinkan bagi mereka yang longgar asas agama, atau yang culas dan mengambil agama separuh-separuh. SIS dilihat sebagai wadah paling tepat untuk menyuarakan hak-hak mereka.Sister In Islam dilihat mengagumkan kerana keintelektualan, kebijakan mempengaruh & berkata-kata serta didokong figura-figura berkuasa ! Lihat sahaja pada wacana-wacana keintelektualan anjuran mereka!

Membawa slogan Empowering Voice for Change SIS dilihat harapan baru bagi membawa wanita Muslim mendepani cabaran global agar tidak ketinggalan dan kemunduran.

Saya bukan berniat mengangkat Sister in Islam. Tetapi inilah lawan kita yang sudah cukup-cukup bersedia. Kesempatan mengikuti brainstorming bersama Prof Abu Hassan Hasbullah anjuran GAMIS sempena Kongres Pertama Rejuvenasi Pendidikan Agama akan datang mencetus kesedaran terhadap realiti cabaran gerakan Islam di Malaysia. Prof menekankan kita masih kekurangan intelektualis yang mampu berdepan dengan front-front yang mencabar kredibiliti & kerelevenan Islam sebagai cara hidup.Malah kita kini berdepan dengan cabaran liberalism yang maha dahsyat!

REBRANDING GERAKAN MUSLIMAT



Bagi saya ini cabaran besar bagi aktivis gerakan muslimat (Serikandi Gerakan Muslimat
Moden)atau lebih dikenali sebagai SIGMA. Muslimat era post modernism perlu rebranding dan membuat anjakan besar terhadap metodologi dakwah & islah agar selari dengan strategi lawan. Muslimat juga perlu keluar dari `status quo' yang membelenggu muslimat sebagai orang belakang tabir yang membuat kerja-kerja belakang. Saya tidak berhasrat membawa muslimat lari dari nilai ketatasusilaan & adab. Tetapi saya berimpian muslimat yang kaya nilai adab & sopan ini dipandang sebagai mereka yang bernas memberi pandangan,analitikal & kreatif serta berani mempertahankan soal agama melalui kaca mata seorang Serikandi Muslim!

Gagasan MP3 (penguasaan Multimedia+Peka Isu+Public Speaking+Pengurusan) yang dibawa Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)Saudari Rafidah Jannah Mohd Salleh dilihat sebagai satu langkah baik untuk memperkasa gerakan muslimat.

Selain itu, saya melihat gerakan muslimat perlu memperbanyak wacana-wacana ilmiah, sesi brainstorming tajuk-tajuk berat sebagai persediaan selaku pelapis kepimpinan akan datang. Muslimat perlu berani lari dari kebiasaan membaca bahan bacaan ringan kepada membiasakan pembacaan berat & kritikal.Bukanlah maksud saya untuk kita terus meninggalkan pembacaan yang menepati naluri fitrah seorang perempuan, tetapi mari kita tambah & gilap potensi kita untuk melangkah lebih jauh melalui pembacaan meluas mencakupi pelbagai bidang.

Kita perlu lebih ramai Senator Mumtaz untuk membawa suara wanita Muslim di parlimen. Kita perlu lebih ramai Dr Harlina Hj Siraj dalam mendepani isu kewanitaan & kesihatan. Kita perlu lebih ramai muslimat yang mampu mendepani cabaran, membawa perubahan demi sebuah suasana Islam yang GEMILANG!

Hari-hari dalam hidup Ummi

on Wednesday, May 13, 2009

Semakin hari saya merasakan keputusan untuk tidak mengambil semester pendek itu tepat! Mungkin agak kontras bunyinya kalau saya menimbang-nimbang tahun pengajian saya masih lama..ya saya masih punya baki pengajian 4 tahun!untuk seorang mahasiswa yang track pengajiannya seperti saya ia agak menggerunkan !. Namun, saya cukup rasa berbaloi kali ini. Makin hari saya makin mengenali suri abah saya, anak kepada allahyarham tok & tokwan saya,sahabat baik sekampus makcik Puteh yang merupakan ibu kepada adik-adik & saya. Hari ini saya makin mengenali Ummi!wanita yang dilihat biasa-biasa tapi luar biasa..

Sejak awal remaja kami adik-beradik sering berjauhan dengan keluarga, kami banyak menghabiskan masa di sekolah & asrama (hehe..yelah namapun duk asrama). Kami mengenali ummi sebagai seorang ibu semata-mata.tanpa melihat sisi lain ummi kami.

Hari ini..saya melihat ummi dari berbagai-bagai sisi. Saya melihat sendiri jadual hidup ummi sehari-hari,walaupun ummi tak punya jadual bertampal di dinding macam kami selalu buatdulu,ada waktu bangun,studi!Ummi tak perlukan jadual bertampal sebab semuanya sudah menjadi jadual semulajadi dalam fikiran ummi akibat tindakan yang dilazimi sehari-hari.bahasa mudahnya,dah jadi resmi hidup & adat!=)

Ummi sudah bangun seawal jam 5 pagi.menyiapkan apa yang perlu untuk adik,tambah-tambah musim peperiksaan ni,ummilah yang akan menemankan adik studi di waktu pagi,final touch kata kak cik ana..kemudian menyiapkan sarapan.Jika abah tak bekerja,ummi akan mengikut abah ke surau untuk solat Subuh berjamaah,mengisi hari-hari tua kata ummi selalu..hehe.Usai solat,ummi akan pulang & buat checklist apa yang tak siap lagi,menyuruh adik cepat-sepat siap & menghantar adik ke sekolah.

Lepas tu,ummi ke pasar membeli sayur & keperluan dapuruntuk masak tengahari. Tak suka kalau abah makan lauk beli,& itu yang ummi pesan pada kami.Kalau abah kerja pagi,ummi akan masak tengahari awal dalam jam 5 pagi lebih.Sebab abah kerja jauh,jauh kat airport Subang..abah boleh panaskan dengan microwave pejabat nanti..
Yang penting abah akan makan air tangan ummi,& abah hanya suka air tangan ummi..kalau kami masak pun,masih tak dapat lawan air tangan ummi...huhu

Kemudian,ummi sibuk mengemas rumah,pastikan sedap mata abah balik nanti,abah penat kalau rumah bersepah kesian abah..kata ummi lagi.Jam 11.30 pagi ummi akan siap-siap ke pejabat,selalunya jam 12 ada mesyuarat pengurusan di sekolah ummi. Ummi penyelia petang yang sibuk.Sekolah dah macam rumah no 2 ummi. Kadang-kadang hujung minggu pun kena pergi sekolah,belum campur mesyuarat PIBG sekolah dik Watif di Kuala Pilah yang ambik masa sejam dgn jalan bengkang bengkok macam ular kena palu!belum campur mesyuarat dengan sekolah adik bongsu kami.huhu macam-macam...tapi ummi masih larat buat semua dengan senyum...

Ummi akan balik sekitar jam 7.15 malam,masuk dengan cepat ke dalam rumah untuk siapkan sedikit oleh-oleh ke surau. Ummi suka memasak,kalau ke surau tanpa apa-apa ummi akan rasa tidak seronok. Selalu kalau ke sekolah pun,ummi akan masak,mi goreng,laksa,bihun & yang seangkatan utk rakan-rakan guru...Skill memasak ummi power,sebab ummi ambik masa singkat je utk siapkan semua & rasanya still sedap...tak banyak protokol dalam memasak macam setengah-setengah chef dalam Tv,tapi kami masak masih tak selaju ummi..

jam 8.10 ummi akan ke surau dengan abah..balik sekitar jam 9.30 mlm,dinner dgn abah and semua,then ummi akan siapkan kerja sekolah (betul ke namanye,macam homework kite budak-budak sekolah pulak). Kadang-kadang ummi tertidur keletihan tanpa sedar ketika menonton tv. Kesian ummi,hari-harinya sangat memenatkan!

Walaupun ummi tak beritahu,urat-urat letih sangat jelas di wajah ummi,mungkin inilah jadual ummi sehari-hari ketika kami sibuk di asrama & kampus. Inilah yang ummi buat seorang diri jika kami tak bercuti...

Ummi insan biasa,wajah ummi sudah dimamah usia,ummi tak selincah dulu..Namun,ummi tetap tak pernah tinggalkan tanggungjawab ummi.Ummi masih mahu membuat semua..ummi masih mahu memasak untuk abah macam selalu,masih rela hati menyiapkan sarapan & kelengkapan adik,masih suka masak untuk kawan...masih tak mahu lihat suasana rumah mencacatkan mata...

Hari ini,kami makin kenal ummi..makin sayang pada ummi.Kami belajar makna rela memberi,makna buat dengan hati,makna amanah,makna seorang ummi..Maka,tidak hairanlah ibu mulianya lebih dari ayah.Ibu di kakinya terletak syurga...

Mungkin kita selalu terlepas hari-hari dalam hidup ibu kita tanpa kita sedari.Mungkin kita selalu impikan ibu kita seorang Datuk macam Shahrizat,seorang terpelajar macam Dr Zeeti Akhtar, seorang jelitawan macam Siti..tanpa kita tahu & sedar,hebat ibu sendiri..

Cuti ini,saya & Siti azam nak bantu ummi sungguh-sungguh!Sekurang-kurangnya penat ummi berkurang..& ummi punya rehat...walaupun kami tahu ummi masih akan masakkan untuk abah setiap hari!

SELAMAT HARI IBU UMMI~

PERAK : The Chronicles

on Tuesday, May 12, 2009



9 MAC 2008
Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri

17 MAC 2008
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah MB Perak

25 OGOS 2008
2 Exco, Jamaluddin Mohd Radzi & Kapten (B) Mohd Osman Jailu dihadap ke Mahkamah Sesyen

25 JANUARI 2009
Adun Bota (UMNO), Datuk Nasaruddin Hashim mengishtiharkan keluar BN dan menyertai PKR

1 FEBRUARI 2009
Speaker Dun Perak, V Sivakumar terima surat peletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi & Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dihantar ke rumahnya

2 FEBRUARI 2009
Ir. Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta

4 FEBRUARI 2009
Adun Behrang, Adun Changkat Jering, Adun Bota dan Adun Jelapang berada di Pejabat Tmbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Najib umumkan BN Perak mempunyai majoriti mudah tubuh kerajaan apabila 3 Adun dari PKR & seorang dari DAP umum keluar parti

Ir. Nizar menghadap Sultan Perak meminta perkenan membubarkan DUN

3 MAC 2009
Sidang DUN bawah pokok diadakan

7 MEI 2009
Sidang DUN dirasmikan Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selepas kekecohan

11 MEI 2009
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Nizar Menteri Besar yang sah


Berita Utama TV3-Mahkamah Rayuan menerima rayuan Dr Zambry untuk penggantungan perlaksanaan kehakiman (stay of execution of judgement).
hari ini,apa2 sahaja boleh berlaku sekelip mata.Harap2 KEADILAN juga tidak digula2 sesuka hati..Esok apa pula?kita tunggu!