sumber : sebarkan bahagia
Thursday, 24 November 2011
Istikharah..
Apa Itu Istikharah?
Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu
pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya
solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan
dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang
melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA
ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa
cuti semester? Mahu mengikuti jurusan Undang-undang Sivil ataupun
Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam
menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai
tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ataupun baju kurung? Mahu pergi dating
ataupun study?
Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang
tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mantera dan meramal masa depan.
Pelbagai kreativiti direka-reka bagi menilik nasib seperti meramal dengan
bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan
kayu. Mereka meramal bagi mengetahui bilakah waktu yang sesuai memulakan
perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Wahai
orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan
mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh
itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah:
90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur
ramalan seperti itu, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi
benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang
memilih istikharah sebelum memutuskan urusannya.
Doa Istikharah
Maksudnya:
“Ya Allah, aku memohon
petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu
dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang
besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha
Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui
bahawasanya urusan ini (sebutkan perkara yg menimbulkan keraguan..contoh: ((pernikahanku dengannya)) ) adalah baik bagiku, pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (seperti diatas..)
mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku
sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah
kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku
dengannya.”
Galakan Istikharah
Galakan istikharah sangat tinggi dalam Islam, hingga ada ulama yang
menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh (generasi awal yang dekat
dengan zaman Nabi) bersepakat yang istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin
Abdullah, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan
seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya, 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk
melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian
bacalah doa ini….'” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan
di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
Rasulullah SAW berkata: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah
kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada
keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan
membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh
hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan
disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang,
kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu
petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi
yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada
Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang
berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya.
Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang
bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih
dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak
menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam
Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara
dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari,
11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa
mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran
dan al-Sunnah .
Apakah pandangan Islam berkenaan mimpi (ru’yah)?
Realiti tiga
golongan.
1. # Ada orang yang
bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan
dan mainan perasaan.
2. # Ada golongan
yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit (tetap)
serta tidak patut diingkari secara umumnya.
3. # Ada golongan
yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah dengan apa
yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat ini
lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang
dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada
beberapa penjelasan berkenaan kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya adalah:
·Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi
hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi, hubungannya dengan
Allah sudah mantap maka dia hanya perlu solat dengan menggunakan niat, maka
mimpinya dikira batil dan tidak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).
·Mimpi seseorang tidak diambil kira
sekiranya bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya
wanita mengandung bermimpi makan khinzir hingga menyebabkan dia sangat
mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum
agama yang telah tetap.)
·Mimpi seseorang yang tidak bertentangan
dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sendiri, bukan hujah untuk orang
lain. (Misalnya, seseorang bermimpi berkahwin dengan
seseorang, manakala agama dan akhlak orang itu memang bagus, maka dia boleh
berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh
memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)
·Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan,
bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tidak bergantung
sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita
bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui berkenaan
agama dan akhlaknya, maka tidak perlu terburu-buru percaya kepada mimpi itu.
Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan
ahklaknya dengan teliti).
·Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan
tambahan pada perkara yang sudah tetap (thabit) daripada al-Quran dan
al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah
thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.
·Mimpi bukan semuanya daripada syaitan
dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada
Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.”
(Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam al-Fatawa, hendaklah
seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat,
tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh,
sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah
gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri
daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call,
sms dan dating).
·Sekalipun ulama tidak mengingkari
wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan, perlunya nilaian daripada
al-Quran dan al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua
sumber itu yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).
·Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada
kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh
dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).
Wujudkan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?
Rasulullah SAW
mencontohkan kepada kita supaya beristikharah (berdoa pada Allah) dan
bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.
Kita tidak perlu meragui lagi yang
Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup
baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam
semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran,
sabdanya:
“Apabila
seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan
solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat
Bukhari).
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT
menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam
kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini
adalah isterimu di dunia dan di akhirat.” Tiga kali mimpi itu menemani malam
baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan
mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun
a’laih).
Selepas mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah
dengan Khaulah binti Hakim bin al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang
mencadangkan calon isteri untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan iaitu
Saudah dan Aisyah. Berdasarkan nilaian akhlak dan agama memang patut dijadikan
isteri. Natijahnya, Rasulullah SAW meminta beliau menyampaikan pinangan baginda
kepada calon yang dimaksudkan itu.
Kesimpulannya:
·Buatlah pilihan dengan istikharah dan
musyawarah.
·Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi. Namun
sekiranya kita bermimpi yang baik, ia boleh menjadi bonus sokongan daripada
Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tidak patut diingkari secara
umumnya.
·Petunjuk dapat hadir dalam bentuk ketenangan hati.
Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.
wallahu a'lam..
~ sharing is caring..(^_~) ~
sumber : sebarkan bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
syukran jazakallah khairan ats perkongsian ni~
=_=
time kasih krn berkongsi.sharing is caring
t0 sea_lavender : afwan..dharapkan bermanfaat untuk semua..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 aReLaN : sama2..
" cukuplah Allah (menjadi penolong ) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.." - ali Imran :173
~ sharing is caring..(^_~) ~
Salam ... semoga Allah membalas usaha yang baik ini
Wasalam wbt..
syukran..sm0ga kta semua dredhai n drahmati Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Assalamualaikum,
alhamdulillah..perkongsian yang begitu menarik..
syukran..^_^
Waalaikumsalam wbt..
jazakallah ya ukhti..sm0ga ber0leh manfaat..
dharapkan kta semua mndapat redha Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
do'a yang bahasa 'arob mungkin perlu dicantumin ukhty
Alhamdulillah..sudah dmasukkan..
sm0ga ber0leh manfaat..
~ sharing is caring..(^_~) ~
dtg ke sini mencari ilmu ..
moga terus istiqamah
dalam penulisan =)
istikharah bnyk tujuannya...kebanyakn kita buat istikharah bila brkaitan jodoh....sedngkn ulama' buat istikhrah pd setiap hri spy setiap kputusn, tindak tanduk, aktiviti hidup seharian selari dgn tuntutan Islam, semuanya memohon hidyh n petunjuk dr Allah....emm...xsmpai thp tu lg diri ini=(: Ganjil Itu Istimewa
subhanallah menarik sekali postingannya memberi pencerahan.
t0 wawar berduri : syukran atas ziarahnya..sm0ga Allah redha..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 SuFi Haraki : yup..bt0l tu..sm0ga perk0ngsian ini dpt mnerangkan lbih jelas lgi tentang istikharah..
sm0ga kasih Allah bersama kita..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 Fazri : Alhamdulillah..sgala puji hanya bgi Allah..
sm0ga ber0leh manfaat..
~ sharing is caring..(^_~) ~
sesuai dgn nma blog.
teruskan berdakwah ya !
setiap pilihan perlukan istikharah :)
takkan menyesal org yg selalu beristikharah....
t0 Al-Haura' Maqsurah : syukran ya ukhti..sm0ga Allah memberkati..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 Norsha : bt0l..
"sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik pelindung.."
~ sharing is caring..(^_~) ~
dalam memahami fiqh ibadah, perlu mengetahui sebab musabab sesuatu tindakan berlandaskan nas yang sahih..
adapun istikharah bukan bermakna anda melepaskan diri dari membuat keputusan. Dan menunggu takwilan mimpi semata-mata.
Selepas istikharah, keputusan antara dua hal tetap perlu dibuat..kesan istikharah itu akan dirasai selepas anda membuat keputusan.
Apa sahaja hikmah selepas anda membuat keputusan itu, maka itulah istikharah anda. Jika keputusan baik, maka anda tahu itu dari pertolonganNya. Dan jika kesannya tidak seperti yang anda harapkan, maka anda tidak akan menyesal kerana anda telah beristiqarah. Jadi sama ada baik atau tidak, anda tidak akan menyesal kerana telah "menyerahkan urusan" itu kepada Allah.
itulah hikmahnya..
jemput ke WADi untuk menimba dan mengambil ilmu percuma..mengikut manhaj penulisan mutaqaddimin.
salam ziarah.. ble baca tajuk..igtkan tgh dilema memilih jodoh..org melayu nih sgt typical.. bile istikarah je..msti pasal jodoh
salam kenal,penyelesaian setiap masalah,dgn kembali kepada Allah.
Salam kenal...
Islam itu mudah dan indah....tapi sekarang terlalu dipermudahkan sangat, sampai istikharah pun dah ditinggalkan....
t0 Ad-Dien : stuju..syukran d atas pnerangan.. sm0ga kta semua beroleh manfaat dan dredhai Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 Hidayatullah : salam ziarah kmbali..
bt0l tu..dharapkan dgn perk0ngsian ini dpt mnarik rmai lg utk beramal dan mengaplikasikan istikharah dlm khidupan..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 cinnamon.com : salam knal kmbali..
" cukuplah Allah (menjadi penolong) bgi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.." (ali Imran :173)
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 Fadzli Amir : bt0l..islam itu mudah dan memudahkan..
s0..dharapkan kta smua dpt beramal dgn istikharah dlm khidupan seharian @ dlm mmbuat pilihan..
~ sharing is caring..(^_~) ~
jadi:
a. jihad ke afghon
b. jihad ke palestin
c. jihad melawan hukum thoghut
??????
makanya, mengadulah kpd Allah dgn mlakukan istikharah..
insyaAllah..Allah tidak akan menghampakan hambanya..
"dan Dia adalah sebaik-baik penol0ng.."
~ sharing is caring..(^_~) ~
suka bc penulisan ni ^^
syukran..
sm0ga beroleh manfaat..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment