CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wednesday, 23 November 2011

Rahsia Pertunangan..



Rasulullah SAW bersabda :

“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Kekadang diri kehairanan melihat umat akhir zaman meninggalkan pesanan Rasulullah s.a.w dalam bab merahsiakan pertunangan ini. Zaman sekarang pertunangan sahaja sudah dihebahkan seakan majlis perkahwinan. Meriah dan publisitinya usah dikata. Media dan akhbar menjadi penyiar berita yang melebarkan lagi perkhabaran peristiwa tersebut. Belanjanya juga tidak kurang hebatnya, semua orang yang dikenalinya dijemput hadir bagi menyaksikan dan menjamu hidangan yang disediakan.

Ada juga yang menggunakan networking dalam internet seperti friendster dan facebook sebagai medium penyebaran hari bersejarah dalam hidup mereka ini. Diletakkan gambar pertunangan merata-riti buat tontonan umum tanpa perasaan gundah bahawa ikatan itu bukanlah suatu yang pasti terjadi.

Cincin disarung kejari menjadi lambang bahawa dirinya telah pun dipinangi orang. 




ISLAM ITU INDAH MEMELIHARA MARUAH

Islam amat menitik beratkan maruah peribadi seseorang . Dalam maqasid syariah, maruah, keturunan atau zuriat berada pada tangga keempat selepas Agama, Nyawa dan Akal. Selepas maruah, disusuri pula dengan harta.

Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya. 




Sungguh indah Islam ini, menjaga dan memelihara pelbagai aspek dalam kehidupan. Hatta suatu yang akan datang, telah diambil langkah berjaga-jaga diperingkat awal lagi. 


~ sharing is caring..(^_~) ~

sumber : http://www.fulltimemuslim.com

3 comments:

wafa zinnirah92 said...

Assalamualaikum wbt..

Bgmana hati hr ini? ^_^

Alhamdulillah, satu perkongsian yang bermanfaat buat semua.. =)
Teruskan menulis..

"Bertunang tidak mempunyai lesen yang sah seperti perkahwinan" -renungan-

p/s: jmput ke blog saya nnt.. tinggalkan jejak di kotak komentar.. =)

~permata yang dicari~

peRmaTa_ aGamA said...

Waalaikumsalam wbt..

Alhamdulillah..sgala puji hanya bg Allah..sm0ga perk0ngsian ini bermanfaat utk semua.. dharapkan kta mndapat rahmat dan redha Nya..

p/s :syukran sudi ziarah..sm0ga ukhuwah berkekalan..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Alif Yusof said...

Salam, bestnya lagu blog ni. apa tajuk & artis yg nyanyi?

http://pawakadaksina.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...