![]() |
senyum s0kmo.. |
Saturday, 7 April 2012
maafkanlah..
Maafkanlah...
1. Maafkanlah supaya
kita diampunkan.
"...dan
hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah
mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)
2. Maafkanlah supaya
Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni
(mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya
kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan
yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana
orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang
demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)
5. Maafkanlah agar kau
termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang lain."(Ali Imran:134)
✿❤✿ Jika dengan BERSABAR mampu menjernihkan keadaan,
maka bersabarlah..
Jika dengan TIDAK MARAH dapat menghulurkan sebuah kemaafan,
maka janganlah
marah..
Jika dengan KEMAAFAN mampu membuat tersenyum,
maka maafkanlah..
Jika
dengan SENYUM mampu meyakinkan ukhwah dan kasih sayang,
maka senyumlah..(^^,) ✿❤✿
~ sharing is caring..(^_~) ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Maafkan..ianya mampu beri ketenangan kepada diri dan dia..
maafkan..boleh memberi senyuman kepada diri dan dia...
maafkan..kerana ia boleh menjadikan kita muslim sejati..
"...maaf itu lebih hampir kepada takwa..."(al-baqarah:237)
-LeiyaUmairah-
maaflah.. =)
Memaafkan dan berhusnuzhonlah ..
ya rabb.. seringkali kami zalimi diri kami sendiri..
t0 Cik Leiya : yup,memaafkan blh mnjadikan kita tenang.. maafkanlah..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 HaniAsyira : j0m bermaafan..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 an0n : syukran ziarah..m0ga br0leh manfaat..
~ sharing is caring..(^_~) ~
suke dgn kata2 ini ...
sesungguhnya yg memaafkan itu adalah sgt mulia ;)
senyum di sini.. :)
t0 ieda : syukran..sm0ga kita mndapat rahmat NYA..
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 ejulz : senyum itu sedekah..
~ sharing is caring..(^_~) ~
saya pun mohon maaf juga andai ada salah & silap.
hari2 sy senyum kecuali kalau sy tido ;-)
t0 liza@ Adzriel AB : same2..maaf jga..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
t0 Khairin : anies : alhamdulillah..=)
syukran sudi ziarah..m0ga beroleh manfaat..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Nice entry. (Y)
t0 Badrina Ibtisam : syukran..
sm0ga beroleh manfaat..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
kekadang kita sukar hendak memaafkan kesalahan ...orang ?
Mengapa begitu....minta maaf senang tetapi bukan mudah utk maafkan kesalahan orang lain...dan melupakan kesalahannya...
pls : Jawapan pape nanti komen aje mana2 artikel ana k...ana tunggu..sbb ana serba salah ... kekadang manusia selalu mengulangi kesalahan yg sama...
Wassalam.....
selim..sahabat setia,
Alhamdulillah terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. paling terkesan bila bukak2 jer page ini ada lagu selingan muhasabah cinta.terima kasih sekali lagi kerana memperkenalkan lagu ini ;) Salam perkenalan.
Assalamu'alaikum.. :)
musuh yang paling indah adalah kemaafan... memang susah pada mulanya tetapi bila memikirkan akan ganjarannya, hati akan terasa damai...
...Sharing is Caring ^^..~
Post a Comment