Saturday, 31 December 2011
selamat...
v
v
v
v
p/ s I : terima kasih buat semua sahabat yg sudi foll0w n k0men peRmaTa_aGamA..m0ga ukhuwah dberkati n dredhai Nya..
p/s II : j0m kurangkan maksiat dan d0sa, tingkatkan amal dan pahala..m0ga Allah redha..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
Wednesday, 28 December 2011
juz f0r u..
~ buat semua sahabat yg akan menghadapi exam.. ~
v
v
v
p/s : USAHA + DOA + TAWAKAL
insyaAllah..kejayaan dlm genggaman.. =)
~ sharing is caring..(^_~) ~
Tuesday, 20 December 2011
5 perkara..
Antara 5 perkara yang el0k disebut ialah :
· Perbanyakkan menyebut
Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi
kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada
kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak
nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa
memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita
puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak
ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap
ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga
sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
· Perbanyakkan menyebut
akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di
dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah
umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat
akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada
akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD)
hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka
yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak
penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak
pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu
perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan
menanam dan melabur saham akhirat.
· Perbanyakkan menyebut
dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi
jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat
kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan
amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu
memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa
hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun
dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini
eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga,
Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk
dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang
kerdil dan bergelumang dengan dosa?
· Jangan menyebut-nyebut
kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan
menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau
menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri
sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita
sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita
terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah
menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam
sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi
jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran
sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria'
adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati
supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang
lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu
sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita
patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya
mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang
mengurniakan kebaikan itu.
· Jangan sebut-sebut dan
nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu
menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain.
Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan
kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan
nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat
kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri
kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan
isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk
kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah
diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk
daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita
bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi
kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu
dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada
pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya.
Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita
walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari
bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan
kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan
di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian.
Sama-sama berd0a semoga terselamat dari kemurkaan Allah di dunia dan akhirat. Amin...
|
Sekian, wallahu a’lam
~ sharing is caring..(^_~) ~
Monday, 12 December 2011
surat ADAM untuk HAWA
surat ADAM untuk HAWA
Wahai HAWA…
Dirimu adalah ciptaan Allah swt yang sangat berharga. Yang
melengkapkan fitrah kehidupan di muka bumi ini. Yang menjadi sumber kekuatan
seorang lelaki. Setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang
sentiasa menyokong di belakangnya dan sentiasa membantu di sisinya. Rasulullah
saw sendiri di waktu Baginda keletihan dalam berdakwah adanya Siti Khadijah di
belakang Baginda yang sentiasa memberikan kata-kata perangsang dan kata-kata
semangat kepada Baginda serta sokongan malahan Siti Khadijah juga telah banyak
menginfakkan harta yang dimilikinya di jalan dakwah Rasulullah saw.
Wahai HAWA…
Seandainya engkau mengetahui akan isi hati ku. Ketahuilah
bahawa diriku seakan-akan nampak gagah di luaran tapi sedarkah dirimu bahawa di
dalam hati ku ini tersangatlah lemah apabila berhadapan denganmu. Sungguh
dirimu telah dihias supaya kelihatan menarik dalam perhatian ku. Membuatkan aku
begitu mudah dirasuk hawa nafsu yang sering kali datang menggodaku. Firman
Allah swt ;
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ
الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ
حُسْنُ الْمَآبِ
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari
jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang
baik (surga).”
(Surah Ali Imran : 14)
Oleh itu, wahai wanita yang solehah, penghias dunia juga
bakal bidadari syurga kelak, aku mengharapkan supaya dirimu mengasihani diriku
ini dengan menjaga dirimu sebaik-baiknya. Usahlah gunakan kecantikkanmu untuk
menggores imanku. Usahlah menggunakan kelembutan suaramu untuk membangkitkan
hawa nafsuku. Usahlah dirimu menggoda ku dengan bentuk-bentuk tubuh mu yang
diciptakan begitu unik serta mampu menarik perhatian ku. Tutuplah dirimu sebaik-baiknya
kerana ianya adalah lambang ketinggian keperibadianmu dan ianya juga merupakan
lambang seorang wanita solehah yang sering dinanti-nanti dan diidamkan oleh
lelaki-lelaki yang soleh.
الْخَبِيثَاتُ
لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ
وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
(Surah An-Nur : 26)
Wahai HAWA…
Ketahuilah tulisanku ini tidak sekali-kali untuk menuduh
dirimu sebagai penjenayah kepada iman ku sebagai kaum adam. Tetapi tulisanku
ini adalah untuk meluahkan rasa hati ku ini sebagai seorang lelaki yang sering
kali kecundang dalam menghadapi hawa nafsuku apabila berhadapan dengan dirimu.
Ketahuilah bahawa dirimu telah dianugerahkan oleh Allah swt suatu kelebihan
yang mampu menundukkan segagah-gagah lelaki di muka bumi ini. Apatah lagi
jika kelebihan dirimu itu digunakan keatas diriku yang langsung tidak mempunyai
sebarang kekuatan malah mempunyai tahap keimanan yang lemah ini, sudah tentu
aku dengan mudah akan tertewas. Oleh itu wahai kaum wanita,dirimu telah
dijadikan begitu istimewa oleh Allah swt. Jadi gunakanlah keistimewaan dan
kelebihan yang diberikan oleh Allah swt itu ke jalan yang diredhai oleh
Penciptamu sekalian.
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud ;
”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya
sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum
wanita” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wahai HAWA…
Janganlah kalian begitu mudah termakan dengan pujuk dan
rayuku. Ketahuilah bahawa aku melakukan hal tersebut hanya untuk melayan
nafsuku yang sering menggoda. Ketahuilah bahawa dirimu wahai wanita mempunyai
sembilan darjah keabaian iaitu malu sedangkan aku sebagai seorang lelaki hanya
mempunyai satu darjah keaiban. Oleh kerana itu wahai wanita, jika kesembilan-sembilan
martabat malu itu telah hilang dari dirimu maka dengan mudah aku mampu
melakukan apa sahaja kepada dirimu walaupun ianya merupakan satu dosa yang
besar. Oleh sebab aku hanya mempunyai satu darjah keaibanlah aku seringkali
tanpa segan silu mengeluarkan kata-kata manis dan romantis semata-mata untuk
menarik hatimu. Oleh itu wahai kaum wanita sekalian, jagalah martabat malumu
kerana ianya adalah benteng kepada dirimu daripada termakan jerat dan umpan
kaum lelaki seperti aku yang seringkali tewas kepada pujukan nafsu.
الحياء و الإيمان قرناء جميعًا فإذا رفع أحدهما رفع
الأخر
Maksudnya : Perasaan malu dan Iman adalah teman.Bila satunya
diangkat,yang lagi satu pun ikut sama.
Wahai HAWA..
Ketahuilah bahawa hanya dirimu mampu menentukan bahawa kamu
ingin menjadi seperti kelapa yang murah serta manisnya hanya sementara ataupun
ingin menjadi seperti mutiara yang mahal harganya dan akan dijaga dan disayangi
buat selama-lamanya. Jika kelapa yang telah dirimu pilih maka ketahuilah bahawa
apabila habis santan diperah maka sisa-sisanya pasti akan dibuang. Adakah
maruah serta nilai dirimu serendah itu??? Apakah dirimu sanggup untuk dijadikan
sebagai alat mainan untuk memenuhi nafsu manusia??? Setelah dirimu dimiliki
maka dengan mudah dirimu dibuang seperti sisa-sisa kelapa yang telah diperah
santannya??? Apakah serendah itu martabat dirimu yang diciptakan sebagai
makhluk yang istimewa??? Ingatlah wahai kaum hawa, seorang lelaki sudah tentu
akan menyukai dirimu dan tertarik kepada keindahan yang tanpa segan silu
ditonjolkan olehmu tetapi ingatlah ianya tidak lebih hanyalah sebagai mainan
pemuas nafsu semata-mata. Selepas mereka mendapat apa yang mereka hajatkan maka
sampai disitu sahajalah titik noktah kepada hubungan yang terjalin. Sebab walau
sejahat mana pun diri seorang lelaki itu tetap mereka mempunyai cita-cita untuk
memiliki seorang wanita yang solehah, yang menjaga dirinya daripada menjadi
santapan-santapan lelaki-lelaki seperti mereka yang bernafsu serta wanita yang
mampu mendekatkan diri mereka kepada Yang Maha Esa. Kerana wanita-wanita
seperti inilah yang mempunyai nilai yang tinggi dan bukanlah sekadar sisa-sisa
orang lain yang telah dibuang.
Dan jika dirimu memilih untuk menjadi seperti mutiara, maka
itulah yang sebaik-baiknya. Kerana mutiara ini tersangat mahal harganya dan
begitu berharga. Semakin dalam ianya tersembunyi dan semakin susah untuk
menemuinya di dasar laut maka harganya semakin mahal. Oleh sebab itu mutiara
ini sangat-sangat dijaga dan terjaga oleh sesiapa saja yang memilikinya. Dan
kehilangannya akan ditangisi buat jangka masa yang panjang. Oleh itu wanita
yang diibaratkan seperti mutiara ini ialah wanita yang betul-betul menjaga
segala apa yang mampu menjatuhkan maruah dan harga dirinya tidak kira dari segi
pakaian, pergaulan, akhlak dan sebagainya. Dan wanita solehah inilah yang
diibaratkan oleh Rasulullah saw sebagai secantik-cantik perhiasan dunia dan
amat beruntung kepada sesiapa yang memilikinya. Jadi wahai wanita di luar sana,
pilihan ada di tanganmu. Yang manakah yang ingin menjadi pilihan?? Adakah
seperti kelapa yang manisnya buat sementara atau seperti mutiara yang
kebahagiaannya buat selama-lamanya???
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
wanita yang solehah”
(Hadis Sahih riwayat Muslim).
Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkau anugerahkanlah kepada ku wanita yang solehah yang
telah Engkau utuskan di dunia ini untuk menjadi penghulu bidadari di syurgaMu
kelak. Dan Engkau berikanlah kepada ku secantik-cantik perhiasan di muka bumi
Mu ini untuk menyinari dan melengkapi kehidupanku serta mampu membuatkan aku
lebih dekat kepada Mu. Dan engkau baikilah akhlak serta budi pekertiku dan
dekatkanlah aku dengan redhaMu supaya aku mampu memiliki wanita solehah yang
pasti ingin mencari lelaki soleh untuk menjadi pendamping hidupnya. Amin Ya
Rabbal ‘Alamin.
Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :
“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi
kamu”
(An-Nisa : 3).
Selain itu Rasulullah saw juga pernah bersabda yang berbunyi
:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka
pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat
Bukhari dan Muslim)
Akhirul Kalam,
Wahai wanita, ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga.
Sesungguhnya Allah menciptakanmu sebagai pelengkap fitrah manusia. Maka jangan
jadikannya sebagai suatu fitnah. Gunakanlah kelebihan yang ada pada dirimu
sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Srikandi Islam adalah pejuang
yang sentiasa berada di jalan dakwah serta menjadi sayap kiri perjuangan Islam.
Teringat aku dengan satu kata-kata di dalam sebuah lagu yang dinyanyikan oleh
kumpulan Dehearty : “Akalmu senipis bilahan
rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu. Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.”
Oleh itu, wahai bakal bidadari syurga lengkapkanlah dirimu
dengan agama kerana itulah yang membezakanmu wahai wanita solehah dengan
wanita-wanita yang lain. Untuk dirimu menjadi seorang yang taat serta menjadi
seorang wanita yang solehah maka dirimu tidak dapat lari dari menuntut ilmu
lebih-lebih lagi ilmu agama.
Satu kata-kata yang
sangat menarik telah dipetik daripada Ibnu Qayyim al-Jauzi yang berbunyi :
“Sesungguhnya hidayah itu tidak akan sampai melainkan
dengan ilmu”
Selain itu satu
kata-kata yang amat bermakna telah diungkapkan oleh al-Khawarizmi, seorang ahli
Matematik apabila ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab ;
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...
Begitulah pentingnya dirimu menjadi seorang yang berilmu dan
beragama kerana ianya memberi nilai kepada dirimu sedangkan yang lainnya
hanyalah sebagai penambah asset kepada nilai yang dirimu miliki. Tetapi jika
dirimu tidak beragama maka asset lain yang ada itu hanyalah sia-sia kerana
ianya tidak mempunyai nilai sedikit pun.
sekian..
ADAM
~ sharing is caring..(^_~) ~
sumber : http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/
Tuesday, 6 December 2011
surat HAWA untuk ADAM
surat HAWA untuk ADAM
Ohh Adam...
Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan
mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu
dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah
engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau
agungkan itu...
sekian..
HAWA
~ sharing is caring..(^_~) ~
Subscribe to:
Posts (Atom)