CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wednesday 2 November 2011

buat mu HAWA ( النساء )


Artikel ini merupakan kesinambungan bagi artikel lepas . Diharapkan ia bermanfaat untuk semua..



" Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”

Penyejuk mata.. Saya pasti, ramai wanita di luar sana yang ingin menjadi penyejuk mata buat insan bergelar suami. Tidak ketinggalan juga buat kaum lelaki, pasti menginginkan isteri yang akan menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan yang dilalui nanti.

Buat mu HAWA..


Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka? Oleh yang demikian, mengapa anda tidak mencuba untuk menjadi penyejuk mata yang mereka dambakan?? Masih tidak bersediakah anda?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata buat insan bergelar suami, prosesnya bermula hari ini..

Ayuhh!! tilik kembali diri anda. Baik secara zahiriah mahupun batiniah. Kedua-duanya penting.

Hubunganmu dengan Maha Pencipta

Bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat, bacaan Al-Quran, Zikir munajat, Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata bagi suami adalah, cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki diri anda dari sekarang.

Akhlakmu

Sejauh manakah sikap dan perangai anda? Saya pasti, hanya anda yang layak untuk memberikan jawapannya kerana anda adalah diri anda. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami. Ingat!! Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..

Peribadimu

Cuba lihat peribadi anda. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

 Oleh itu, cuba renungkan kembali.. Hubungan dengan Allah lompong di sana sini, sentiasa melakukan  maksiat dan penderhakaan kepada Allah, aurat terdedah setiap hari, akhlak yang langsung tiada ciri isteri mithali.. Apakah itu semua layak untuk anda menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula diri yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata buat insan bergelar suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Coretan ini hanya sekadar cebisan nasihat buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi, usaha ke arah itu masih di tahap yang lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. insyaAllah..


selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.



p/s : pesanan ini juga ditujukan buat diri penulis sendiri kerana penulis juga insan yang bergelar wanita dan juga ingin menjadi penyejuk mata ..insyaAllah..(^_^)


 ~ sharing is caring..(^_~) ~


8 comments:

Rintihan HambaMu said...

Salam..
alhamdulillah..perkongsian yg menarik..
Kecantikan sejati seorang muslimah tidak terletak pada keelokan dan keindahan fisik atau keglamoran pakaiannya. Kecantikannya sangat dipengaruhi perilaku dan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Kecantikan sebenarnya direfleksikan dalam jiwa.

ساريده سنين said...

Assalamualaikum..
Perkongsian yg sgt bermanfaat..

peRmaTa_ aGamA said...

Waalaikumsalam..

Alhamdulillah..sgala pujian bagi Allah..
diharapkan pk0ngsian ini bermanfaat untuk semua..

sme2 berd0a mga kita brjaya mnjadi "penyejuk mata penawar d hati.."(^_^)

~ sharing is caring..(^_~) ~

Aisyah M.Yusuf said...

Alhamdulillah, akhirnya kutemukan juga saudara kembarku...hehe..he salam ukhuwah je dari kalimantan selatan, moge sihat je dan selalu dalam bimbingan-Nya.Amiin.

wafa zinnirah92 said...

Assalamualaikum wbt..

Jazakillah atas perkongsian.. sangat2 bermanfaat..
Teruskan menulis ya ^_^

~permata yang dicari~

peRmaTa_ aGamA said...

Waalaikumsalam wbt..

segala pujian hanya bagi Allah..sm0ga perk0ngsian ini bermanfaat untuk semua..

t0 Aisyah M.Yusuf : syukran..salam ukhuwah jga dari bumi barakah "Kelantan Darul Naim"..

t0 wafa zinnirah92 : syukran..sm0ga ukhuwah bkekalan..

diharapkan kta semua ber0leh keredhaan Nya.. Amiin~

~ sharing is caring..(^_~) ~

nusrah said...

Jazakillah atas peringatan..
Isteri yg solehah itu qurratu ain kan? :)
Smoga kita semua tergolong dlm insan2 yg terpilih itu..insyaAllah. Ameen.

peRmaTa_ aGamA said...

afwan..sm0ga prk0ngsian ini brmanfaat buat semua..
insyaAllah..ameen..
dharapkan agr kta semua dredhai n dberkati Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...