Artikel ini sebagai usaha untuk
mendidik para muslimin memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara
tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama...
Bagi mereka yang bercouple dan buat 'ringan-ringan' sebelum berumahtangga, mereka akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, "jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?" Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Ia bukanlah teori semata-mata, tetapi sebahagian dari pengalaman bagi mereka yang menghadapi masalah rumahtangga. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka. Namun bagi sesiapa yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka 'menjaga hukum Allah' perlu dibimbing. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah. Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam.
Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama
'mengikat' hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di
tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah
terlalu cepat dikaitkan sebagai 'hukuman dari Allah' kerana pernah ada cela
zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang
perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan
dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu
sendiri.
Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan 'warna sebenar suaminya'.
Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas
tentang Romanticism, "kita selalu tidak rasional dan realistik semasa
kita romantik!". Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat
mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri
pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya
beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu
diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh
tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia
adalah proses biasa.
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada
tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam
perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya
menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada
hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka
tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.
Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.
Sebab itulah, kita tidak perlu
memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk
perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak
untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi atau di
institusi pengajian tinggi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan
membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas
angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir
hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.
Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di 'situ'. Sudah kenal. Sudah lama kenal.
Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat
seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu
oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau
perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu
belajar, maka terimalah seadanya. Saya cukup terkilan apabila mendengar ada
dari kalangan khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan
memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa
yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang
baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan
sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (HR. Tirmidzi) Pesan saya kepada muslimin dan muslimat dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.
Abu Saif
p/s
: artikel ini sebagai pengajaran n nasihat buat diri penulis sendiri
dan juga para sahabat.. m0ga kasih Allah bersama kita..aminn~
~ sharing is caring..(^_~) ~
|
Sunday, 30 October 2011
membentuk PERKAHWINAN bahagia
Artikel ini dipetik dari laman www.saifulislam.com..Sebagai perkongsian untuk manfaat bersama..
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Saturday, 29 October 2011
ZULHIJJAH
Dari Ibnu ‘Abbas r.a telah bersabda Nabi s.a.w :
i. -
Zulhijjah hari diampuni Allah
akan Adam a.s . Barangsiapa yang berpuasa, Allah akan mengampuni segala
dosanya.
ii. - Zulhijjah hari dikabulkan doa
Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun, barangsiapa yang berpuasa seolah-
olah ia beribadat selama setahun.
iii. -
Zulhijjah hari dikabulkan Allah
doa Nabi Zakaria, barangsiapa berpuasa nescaya dikabulkan Allah doanya.
iv. - Zulhijjah hari lahirnya Nabi
Isa a.s, barangsiapa yang berpuasa nescaya Allah menjauhkan daripadanya segala
kesusahan dan kefakirannya.
v. -
Zulhijjah hari lahirnya Nabi
Musa a.s barangsiapa yang berpuasa, terlepas ia dari nifaq dan beroleh keamanan
dari siksa kubur.
vi. - Zulhijjah, hari Allah membukakan
segala kebajikan bagi Nabi-nabiNya. Barangsiapa yang berpuasa, Allah
memandangnya dengan kerahmatan.
vii. -
Zulhijjah, hari yang padanya
ditutup segala pintu neraka dan tidak dibuka sehingga tanggal 10 Zulhijjah. Barangsiapa
yang berpuasa , nescaya Allah menutup daripadanya 30 pintu kesempitan dan
dibukakan 30 pintu kesenangan.
viii. -
Zulhijjah dinamakan hari
Tarwiyah. Barangsiapa yang berpuasa , nescaya Allah akan memberikan
ganjaran yang tidak diketahui sesiapa melainkan Nya.
ix. - Zulhijjah ialah hari Arafah.
Barangsiapa yang berpuasa, nescaya Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang
akan datang.
# Mulai sejak terbit matahari 9 Zulhijjah sehingga pagi 10
Zulhijjah, banyakkanlah bertakbir.
# Pada akhir (hari) Zulhijjah, disunatkan membaca doa akhir tahun sebanyak 7 kali. Barangsiapa
yang membacanya akan diampuni dosanya yang terdahulu.
![]() |
~ Doa Akhir Tahun ~ |
p/ s : marilah kita sama-sama meningkatkan amalan di bulan Zulhijjah ini..sem0ga kita semua beroleh keredhaan Illahi di dunia dan akhirat..InsyaAllah..
~ sharing is caring ..(^_~) ~
Friday, 28 October 2011
buat mu ADAM ( الرجال ) ..
Yang paling kukuh
keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta
kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas
r.a)
Alam gadis merupakan alam yang paling
manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai
tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil
‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak
hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak
boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah
jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan.
Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah
lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan
perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki
teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang
menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat
bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih
baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali
seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi
seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan
terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si
teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki
terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur
dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk
perangainya atau sudah ternoda. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’
itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati
juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci
sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya
anda ingin memilih bakal suri :
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si
gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki.
Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa
itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin
hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya
ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang
cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk
mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang
tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai
oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis
itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis
yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas
dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna
juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si
gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar
pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat
yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan
kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik
begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis
sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si
gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu
atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Tinggal Bersama
lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada
pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur
negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya
berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup
mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya
serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan
keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli
pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak
bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus
Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si
gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat
pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi
‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam
jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung
minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan
kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang
Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu
menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang
ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak
menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan
dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga
Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di
kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai
yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan
beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi
rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian
yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya
untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak
gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan
Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang
sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi
perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman
semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap
adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi
dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan
banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.-
Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya
Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira
faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang
sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari
sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan
cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka
buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar
kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah
boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik
wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh
Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna
memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya,
kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah
memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik?
Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman,
berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang
‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan
tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin
menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan
cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa
bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita
bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali.
– Bidalan Itali
Kahwini Dia Ketika Usianya
Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu
kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk
dinafikan. Mengahwini gadis ketika umurya masih muda remaja dapat
membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Ramai gadis yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan.
Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan
membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun
sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai
orang mungkin berfikir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah
sebenarnya yang gila jika gadis itu besar kemungkinannya akan
ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat
suami yang baik serta bertanggungjawab.
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis
yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda.
Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda
telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda,
didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang
gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin
dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil
bulan bawa ke ribanya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan
melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa
raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap
anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang
gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik,
menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta
taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab
terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
Wallahu’alam…
~ sharing is caring..(^_~) ~
Thursday, 27 October 2011
Siapa aku di hadapan RabbuL Izzati?
Siapa aku di hadapan RabbuL Izzati
Aku hanya hamba yang kerdil
Hamba yang hina
Hamba yang sering alpa & terleka
Berlumuran dengan lumpur dosa
Dosa silam yang tak terampun menghijab hati
Namun aku tak pernah berhenti berharap
Tak pernah putus asa menagih simpatiMu
Walau ku tahu
Aku bukan sesiapa untuk mendapatkan redhaMu
Apa lagi untuk menjamah cintaMu
Biar berapa lama ku harus menunggu
Aku akan terus bermusafir mencari cintaMu..
Kerana ku yakin sepenuh hati
Dengan janjiMu RabbuL Izzati..
Aku hanya hamba yang kerdil
Hamba yang hina
Hamba yang sering alpa & terleka
Berlumuran dengan lumpur dosa
Dosa silam yang tak terampun menghijab hati
Namun aku tak pernah berhenti berharap
Tak pernah putus asa menagih simpatiMu
Walau ku tahu
Aku bukan sesiapa untuk mendapatkan redhaMu
Apa lagi untuk menjamah cintaMu
Biar berapa lama ku harus menunggu
Aku akan terus bermusafir mencari cintaMu..
Kerana ku yakin sepenuh hati
Dengan janjiMu RabbuL Izzati..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Duduk di samping..
- DUDUK DI SAMPING -
BUKAN DI ATAS ATAU DI BAWAH
Wanita – dengan kekuatan
perasaan, kehalusan budi, boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil
memasak boleh basuh pinggan, masuk kain dalam mesin basuh, boleh tengok tv rancangan
masakan sambil mencatat resipi. Siap telefon kawan ingatkan itu dan ini. Itulah
seninya seorang wanita. Sifat kerja menyambil itu membolehkan dia menyudahkan
banyak kerja dalam satu masa. Kerja-kerja itu di ruang lingkup persekitaran
yang tercapai, terpandang serta terlintas di pemikirannya. Inilah kelebihan
wanita boleh menumpukan banyak kerja dalam satu masa. Berbeza dengan lelaki.
Pandangannya jauh melaut bagaikan berdiri di sebuah bukit nampak banyak perkara
nun di kejauhan. Fokusnya meluas kepada dunia luar. Lambat perasaan dengan
dunia bawah yang hampir dengannya.
Itulah hakikatnya. Inilah perbezaan. Bukan tanda saling
melemahkan antara satu sama lain. Sebaliknya mencari kehebatan masing-masing
yang saling lengkap-melengkapi. Bayangkan kalau suami atau adik-beradik lelaki
anda terlalu ‘detail’ dalam rumah tangga, sidai kain senget kena
tegur, masak tak sedap sikit kena komen, lipat baju tak licin kena kutuk,
alamatnya wanita di rumah akan kerimasan. Tak tahan dengar bebelan lelaki. Tapi
orang lelaki tahan dengar isteri membebel. Dah lali.
Cuba bayangkan pula, kalau si perempuan
balik rumah macam kebiasaan lelaki. Kain baju humban sana-sini, dapur
tunggang-langgang, cari kain main punggah, pinggan mangkuk makan tak reti nak
cuci, kain baju bertimbun tak berbasuh dan yang lebih teruk lagi kalau kain
yang direndam berhari-hari boleh tumbuh cendawan. Pasti suami pun cabut lari.
Perempuan jenis apakah ini? Kerana fitrah wanita yang dikehendaki adalah
meneliti kerja-kerja seni. Kain berendam bagi lelaki itu biasa. Tapi memualkan
bagi wanita.
Inilah hakikat. Begitulah
juga dalam dunia pekerjaan untuk wanita. Peribadi dua insan kejadian Allah ini
mempengaruhi watak kepimpinan dalam mentadbir manusia di sekelilingnya. Kerja
di luar rumah asas kewajipan pada lelaki. Wanita pula sebagai pembantu kepada
lelaki. Rasulullah SAW juga tidak meninggalkan wanita dalam urusan mencapai
keputusan dalam pentadbiran negara Islam. Isteri tetap dirujuk kepada perkara
yang bersesuaian dengan peribadi wanita. Isterinya yang juga pemimpin kepada
wanita. Dilepaskan di bidang yang bersesuaian dengan fitrah mereka tapi tetap
dalam lingkungan batas syariat.
![]() |
~ saling melengkapi ~ |
Dalam membuat keputusan, wanita tidak
boleh berseorangan. Perlu juga merujuk dan bertanya pandangan dengan pihak
lelaki. Seperti mana seorang isteri, dalam membuat keputusan berkaitan
anak-anak perlu perunding dengan suami.
Sayangnya ada juga yang
terlebih komited dengan kerjaya sehingga merasakan perkahwinan sudah tidak
punya masa pada mereka. Bimbang tidak dapat memberi tumpuan pada rumah tangga,
lalu memilih membujang sampai ke tua dalam mengekal jawatan sebagai ‘ketua’.
Inilah hakikatnya apabila seseorang itu sudah terlalu komited dengan kerjaya
pasti ada yang terkorban. Apa pun pesan Nabi SAW, berkahwin adalah sebaik-baiknya
bagi wanita dan lelaki kerana baginda juga berkahwin. Baginda mentadbir dunia.
Isterinya juga seorang pemimpin besar yang menjadi rujukan para isteri sahabat
dan juga sahabat pernah merujuk kepadanya dalam beberapa perkara berkaitan
dengan hadis nabi.
Pun begitu, Aisyah tetap merujuk kepada
nabi dalam mencapai keputusan. Di sinilah dilihat kehebatan wanita beriman,
pemimpin wanita yang tidak membelakangkan hukum Allah. Akur bahawa wanita
‘tulang rusuk’ yang bengkok, dicipta daripada tulang rusuk lelaki bernama Adam.
Tulang ini perlu selalu dilentur oleh lelaki beriman, pemimpin utama. Tugas
wanita bukan memburukkan lelaki dan mendabik dada dengan kehebatan yang ada.
Lihatlah kelemahan lelaki sebagai satu usaha untuk sama-sama membantu mencari yang
terbaik untuk kehidupan yang lebih bermakna. Seperti mana setianya seorang ibu
mencari keistimewaan pada setiap anaknya. Akhirnya ibu itu disanjung oleh
anak-anak berkat tidak jemu-jemu memupuk kasih sayang.
Sekian..
~
sharing is caring..(^_~) ~
Dakwah dan Cinta..
untuk perkongsian bersama..
Dakwah
Dan Cinta
sumber :
hatiperantau.wordpress.com
hatiperantau.wordpress.com
“Bagaimana
kita mahu menasihatkan mad’u (ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan
diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan
memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
“Ada
seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi
dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya
hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan
sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang
cinta.
Masa
remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan
transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak
kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh
secara semula jadi dalam diri.
Semua
manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting,
bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms
bertanya khabar.
Lawan Vs. Kawal
“Kamu
perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut
dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal
apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya…
Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah
beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang
merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan
pasangan.
“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak
jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya. “Belum
lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah
ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang
sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka
seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya
berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang
ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan
dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah
waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih
pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
Over Rate Diri Sendiri
“Saya
ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya
rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal
saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di
kampus.
“Apa
cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami
tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada
seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami
selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya
menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin
saja berkata, ‘Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding
dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah
sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam
diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over
rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat
itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa
maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya
meneruskan, dia menyoal.
“Sifat
ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan
bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut
lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si
dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya
lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian
siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja
seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa
yang selalu kita panggil sebagai ‘couple’. Ini kerana kita merasakan diri
sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai
tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia
kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya
sebentar tadi ataupun tidak.
Saya
bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara
yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya
dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah
kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah
bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah
salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari
‘alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si
dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab
ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam
maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada
lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam
membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan
kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar
kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
“Hijab
bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka
sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan
bermasyarakat.
Tidak
guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah
tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan
yang tidak dapat terjawab terus mencari ‘lelaki yang disukainya’ untuk
bertanyakan soalan.”
Jika
seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi
meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang
besar.
Contohnya
seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak
kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu
sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara
yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah
halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga
melanggar batas-batas pergaulannya..
Sekian..
~
sharing is caring..(^_~) ~
Subscribe to:
Posts (Atom)