CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

- pErMaTa_aGaMa -





Ya Allah..
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
serta jadikanlah aku wanita s0lehah..
aminn~ (^_^)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sunday 23 October 2011

HUKUM MENONTON VIDE0 @ FILEM LUCAH??


Artikel yang menarik untuk dikongsi.. insyaALLAH, diharapkan bermanfaat untuk semua..


Hukum menont0n vide0 atau filem lucah adalah haram secara sepakat ulama.

Ia diharamkan kerana :

1.      Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Bermaksud :"Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"
 
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

2.      Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Justeru, jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

3.      Dibimbangi bagi remaja atau individu yg belum berkahwin yang menonton filem ini akan terjerumus ke arah maksiat yakni zina. Firman Allah Taala dalam  Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

Bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

4.      Selain itu, dibimbangi juga bagi si suami atau isteri yang menonton filem ini, akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

5.      Nabi melarang menceritakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini. Nabi SAW bersabda :

Bermaksud : ‘ janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya.’

p/s : diharamkan juga menggunakan filem lucah sama ada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.



Inf0 tambahan 

·         Membuat entry lucah, sama ada menulis cerita lucah, atau meletakkan gambar mahupun video lucah juga hukumnya adalah haram, walaupun atas apa jua alasan.

·         Dari segi dosa dan pahala pula, ianya mungkin boleh menyebabkan dosa yang berpanjangan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. :

“Sesiapa yang membuka jalan kebaikan, baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti jalan itu sehingga Hari Kiamat.. Sesiapa yang membuka jalan keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikuti jalan itu sehingga Hari Kiamat” (HR. Muslim)

·         Jika entry lucah itu disebar2kan oleh para pembaca, maka bukan setakat penulis entry asal itu yg berdosa, bahkan akan menanggung dosa orang lain yg menyebarkan entry tersebut.

Jadi, sama-sama renungkan..

~ sharing is caring..(^_~) ~

sumber : www.zaharuddin.net & ustazlove.c0m

1 comments:

Shaiful Zaidi said...

salam...info yg menarik. mohon utk share..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...